Hasanah (kanan) menjawab soalan ketika menduduki SPM di SMK Guar Chempedak, semalam. |
Hasanah hanya tamat Tahun Enam untuk jaga adik selepas kematian ibu
Yan: Penantian seorang nenek tiga cucu untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 40 tahun lalu, tercapai semalam.
Hasanah Abdullah, 55, menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, sebagai calon persendirian.

Beliau yang juga guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di
Masjid al-Amin Sungai Layar, Sungai Petani adalah seorang daripada 147
calon persendirian dari Sekolah Menengah Langkasuka (SML), Guar
Chempedak, yang menduduki SPM di negeri ini.
Detik bersejarah
Hasanah ketika ditemui menyifatkan ia detik paling bersejarah dalam hidupnya selepas beberapa kali gagal untuk mengambil peperiksaan yang ketika itu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education (MCE) kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga enam adiknya selepas kematian ibu ketika berusia 15 tahun.
Beliau berkata, dia hanya sempat bersekolah sehingga Tahun Enam sebelum diminta berhenti sekolah oleh bapanya kerana beberapa faktor termasuk keadaan keluarga yang susah ketika itu.
Katanya, sejak itu dia tetap menyimpan hasrat untuk mengambil MCE namun niat itu terpaksa dilupakan apabila ibunya meninggal dunia.
Pujuk ayah ambil MCE
“Saya sering memujuk ayah untuk membenarkan saya mengambil MCE namun beliau tidak membenarkannya kerana saya perlu menjaga adik-adik yang masih kecil dan memerlukan perhatian ketika itu.
“Walaupun hati teringin untuk mengambil MCE, saya terpaksa memendamkannya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan adik-adik yang amat memerlukan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui sebelum melangkah masuk dewan peperiksaan di sini, semalam.
Mengenai peluangnya, Hasanah, yang mengambil subjek teras dengan tambahan Bahasa Arab dan Tasawur Islam yakin mampu menempuh SPM.

0 comments
Posts a comment